Webinar Pemasaran Digital E-Kelas Usahawan Penciptaan Kandungan
27 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mei 2025 yang lalu, telah diadakan webinar iaitu Pemasaran Digital E-Kelas Usahawan Penciptaan Kandungan. Webinar tersebut telah dihadiri seramai 2 orang peserta. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam perniagaan tanpa sebarang kos. Sesi ini memberi pendedahan kepada penciptaan kandungan yang strategik daripada pakar.
Seterusnya, pembelajaran ini sangat memberi impak yang positif dengan menawarkan pembelajaran digital secara interaktif untuk pelajar dan usawahan. Dengan adanya kelas seperti ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran dan dapat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pemasaran digital ekelas usahawan ini iaitu penciptaan kandungan. Saya berharap supaya lebih ramai lagi peserta yang mengikuti kelas percuma dan ilmu secara percuma ini oleh bimbingan pakar perniagaan itu sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: